Home » » Set Berpantang yang Paling Win di Alam Semesta

Set Berpantang yang Paling Win di Alam Semesta


Tajuk entry, tak hingat-hiingaat, hihihihi.. dipendekkan cerita, saya ibu kepada lima anak. Lima anak???? Jangan lah terkejut sangat ye, alhamdulillah rezeki untuk saya dikurniakan ramai anak, empat puteri dan seorang putera.Rezeki setiap orang tak sama kan?

Empat anak sebelum ni, saya bersalin secara normal, dan sewaktu berpantang saya menggunakan produk yang berbeza untuk setiap anak. Produk tradisional, yang moden, yang viral, yang meletop di pasaran, saya dah cuba, ada yang tak habis makan pun. Huhuhuhuhu... Nama produk adalah rahsia ye.

Ulasan Peribadi - Setiap produk ada kelebihan masing-masing
Tetapi apa yang saya boleh ulas, persamaan ketara produk yang saya ambil untuk empat anak, antaranya
1) Tidak boleh di ambil terus selepas bersalin (bimbang anak kuning, kembong khusus untuk ibu yang menyusu bayi)
2) Hanya sesuai untuk ibu bersalin normal (Alhamdulillah keempat-empat anak lahir secara normal, kalau yang ditakdirkan czer, rugi je beli kan )
3) Air susu merundum ( yang ni paling sedih, terasa berdosa kat baby, baby macam tidak puas menyusu)
4) Bau yang kurang menyenangkan (ada satu ubat tu, memang saya campak ketanah melalui tingkap, nak muntah baunya)
5) Ada yang mungkin tak sesuai dengan saya, pening kepala jer, bila pening mula stress...stress kan tak elok untuk ibu berpantang (ada yang cakap ubat tradisional ni memang panas sikit - ye ke?)
6) Selepas berurut, barulah susu meluncur laju... tapi tak lama lepas tu merudum balik, tak konsisten.
7) Hanya boleh di makan oleh orang yang memang dalam pantang bersalin, (isshh... dah memang set berpantang kot, memang untuk orang berpantang lah kan.... NO NO NO ada set berpantang ni, tak kira jantina, dan yang tak bersalin pun boleh makan.. nak tahu sila lah baca entry ni sampai abis....)
8) Sembelit - Ya Allah ngilunya bila dikenang-kenang, berjam-jam dalam toilet

Bersalin Melalui Pembedahan (Czer)

Anak yang kelima, ditakdirkan Allah, bayi berkedudukan songsang, jadi terpaksalah czer, bila dah tahu daripada awal akan czer, survey la produk berpantang yang best untuk bersalin czer. Walaupun memang pengedar Shaklee dah time tu, tapi almaklumlah first time czer, tetiba perasaan takut lain macam. Sibuk lah dok search gamat, pati haruan bagai. Tapi last sekali pilih Set Berpantang yang paling win di alam semesta, Shaklee.

Baby ke 5 saya  - Baby Kyra





Kenapa saya suka Set Berpantang Shaklee










 





1) Terus boleh consume sebaik sahaja selepas bersalin tanpa ragu mahupun bimbang, malam pertama kat ward sebelum tidur saya dah ambil 4 biji Ostematrix, alhamdulillah kesan sakit injection epidural tak terasa sangat.
2) Sesuai untuk ibu yang bersalin normal mahupun bersalin melalui pembedahan (czer), vitamin C amat membantu luka cepat kering. Alhamdulillah
3) Air susu dari hari pertama dah start ada, jadi takdelah baby meragam tak cukup susu, tak perlu urut dulu baru susu melimpah
4) Semua vitamin okay bagi saya, kecuali Vitamin B, ada sedikit bau tapi still boleh telan, takde lagi kes buangan melalui tingkap.
5) Alhamdulillah cergas je dalam pantang, bolehlah buat kerja-kerja ringan maklumlah berpantang sendiri
6) Walaupun anak kerap berjaga malam untuk menyusu, tapi saya still tak rasa lemau, mungkin mendapat tidur yang berkualiti.
7) Yang paling penting, berat badan terkawal, ibu menyusu bukan alasan untuk kita membina badan yer.
8) Vitamin C dan Ostematrix, vitamin wajib suami saya, kiranya tiada istilah set berpantang Shaklee untuk orang dalam pantang sahaja... sharing is caring kan...
9) Set berpantang Shaklee juga boleh consume sebagai vitamin asas harian, waktu mengandung, dan juga menyusu, Jadi tiada pembaziran, yang penting makan vitamin secara konsisten.
10) Tiada sembelit - Pagi-pagi membuang dengan lancer

Set Berpantang Shaklee

Set berpantang Shaklee yang asas ada 5 jenis iaitu, Vitamin C, Vitalea, Vitamin B, Ostematrix, dan ESP. Boleh juga ditambah Alfafa, Lecithin dan juga Omega Guard. Saya akan terangkan secara ringkas fungsi setiap produk, supaya kita semua lebih jelas.

1) Vitamin B Complex
  • Vitamin B Complex berfungsi melegakan system saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh system badan
  • Mengelakkan stress dan meroyan
  • Membantu meningkatkan  pembentukan sel darah merah
  • Menukarkan makanan yang di ambil kepada tenaga, menjadikan ibu-ibu lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori makanan tidak tersimpan di dalam badan
  • Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit, menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makinlembut dan cerah.
  • Pengambilan berterusan akan mengurangkan tanda regangan kulit (stretch marks)



Vitamin B Complex


2) Sustained Release Vita-C Plus
  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekata yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka
  • Membaik puli sel dan tisu yang rosak
  • Meningkatkan imuniti system pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akanmendapat manfaatnya.
  • Membantu pembentukan kolage, menganjalkan kulit
  • Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit. Pengambilan secara konsisten akan mengurangkan scretch marks dan parut
Sebiji Vitamin C bersamaan 7 biji Oren

3) Vitalea
  • Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang
  • Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan tubuh tapi sukar diperlohi semasa berpantang kerana bayank makan yang perlu di elakkan
  • Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral
  • Mengandungi zat besi, elemen yang paling penting untuk penghasilan darah merah untuk mengantikan darah yang hilang semasa bersalin
  • Mengelakkan muka pucat serta tidak bermaya.
Multivitamin - Vitalea Shaklee
 
4) Ostematrix
  • Pengambilan Ostematrix membantu mengatasi masalah sembelit yang sering di alami oleh ibu-ibu dalam pantang
  • Membantu mengatasi masalah kekejangan otot, kebas-kebas, lenguh-lenguh badan
  • Membekalkan ibu keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian bagi menghasilan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak
  • Menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan dengan sendi dan tulang
  • Mendapatkan tidur yang berkualiti, bangun pagi fresh jer, biarpun bangun malam untuk menyusukan bayi
 
Ostematrix - 4 Biji sebelum tidur 

 
 5) ESP - Soya Non GMO
 
  • Membantu dalam penghasilan dan kelancaran pengeluaran susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang.
  • Baik untuk pemuliharaan dan pembentukan kulit baru yang lebih cantik
Non GMO ESP
 







Testimoni Pengguna Set Berpantang Shaklee

Jom jengah feedback positif, daripada pengguna set berpantang Shaklee, Inshaallah anda tidak akan pernah menyesal


Say No untuk Sembelit
 
 
 
Badan Cergas - Susu melimpah


Berpantang - Waktu untuk overhauled

Semasa berpantanglah kita orang perempuan nak 'overhauled' badan yang selama ini dah rosak enjin sana sini, lagi-lagi masa mengandung 9 bulan 10 hari tu, macam-macam perubahan kat badan kita ni.

Penjagaan masa pantang amat penting dan sebagai suami perlu aware, isteri perlu dapatkan layanan first class semasa berpantang. Semua tu untuk suami jugak kan. Janganlah berkira dengan insan yang melayakkan anda bergelar seorang 'ayah'.

Nak order? Jom whatsapp 0192432683 Liza, SID yang sedia memberi konsultasi terbaik untuk anda. harga InshaAllah mampu milik. Untuk lebih diskaun terus register ahli. Saya boleh tolong register kan.. semuanya hanya di hujung jari.






 

0 comments:

Catat Ulasan